Salam sejahtera.. salam emas buat semua..
Alhamdulillah.. tahun 2012 telah selamat kita harungi.. dengan suka duka kehidupan dan pelaburan :)
Semoga tahun 2012 kita membawa pahala lebih dari dosa dan kesalahan.. [jangan lupa banyakan istiqfar dan teruskan zikir]
Semoga tahun 2012 kita membawa untung yang lebih berbanding rugi.. [InSyaAllah.. sesiapa yg membeli emas fizikal tak rugi.. kecuali jika anda telah jual dgn harga rendah.. tetapi yg main2 pajak emas atau arahnu rempit tu 'mengkelan' sikit lah rasanya tahun 2012 nie.. :P]
Secara umumnya tahun 2012 bukanlah tahun menjana untung besar untuk emas.. tetapi tahun membeli dan menyimpan emas..
Saya berpegang kepada konsep " Emas ini kita tak untung atau rugi.. selagi kita tak menjualnya..."
so kalau beli ketika mahal.. dan sekarang ini jatuh.. anda masih lagi tak rugi sbb tak jual emas itu..
atau anda beli ketika murah dan sekarang emas dah mahal.. anda masih tak untung selagi tak jual :)
tetapi mungkin juga kita terasa rugi.. sebab tak tunggu beli ketika murah? betul tak?
menukar wang kepada emas ni selain untuk untung ketika jual.. ia juga adalah untuk.. kekalkan nilai wang.
contoh mudah.. si A membeli emas rm1000 pada bln 1 tetapi sehingga bulan 10 emas yg dibeli masih lagi nilainya rm1000.. si A merasa rugi sbb sudah 10 bln dia belum untung.
memang betul si A tak untung tunai. tetapi secara tak sedar sebenarnya si A tadi telah berjaya menyimpan rm1000 selama 10 bln.
bayangkan jika RM1000 itu cash atau di bank... rasanya tak sampi 3 bln dah jadi kurang seribu.. sebab kad ATM berhantu berbangding emas..
emas ini hanya ketika betul2 perlu baru kita guna..
Sebenarnya tahun 2012 masih ramai yang membuat untung tunai dengan emas.. selain untung yang tak terlihat mcm tadi..
sebab emas di tahun 2012 naik dan turun secara mendadak..
Market emas tahun 2012
Bermula 3 Januari (1569 USD/Oz) sehingga 28 Februari harga emas naik pantas, sehingga mencecah USD1790/Oz .
Lepas tu harga emas mencatatkan penurunan sehingga 16/5/2012 (1526 USD/Oz).
Kemudian harga start naik balik sehingga 4/10/2012 sehingga mencecah USD1795/Oz.
Selepas tu harga emas turun balik….. hujung bulan Disember harga emas sekitar 1661USD/Oz.
Berdasarkan Graf di atas ramai juga yang sempat membeli di waktu murah dan menjual di waktu mahal.. khususnya bagi mereka yang sentiasa memantau graf atau tahu analisis teknikal.
tetapi bagi Pelabur Pasif.. harga emas untuk tahun 2012 boleh dikatakan naik sedikit sahaja atau statik. So Mereka tak untung sangat atau tidak rugi.. sebab emas masih di tangan serta simpanan masih lagi elok tersimpan
Agak sukar bagi pemain arrahnu.. kerana harga emas yang statik menjadikan mereka rugi.. kerana minima mereka perlu tanggung kos 0.8% sebulan atau 9.6% setahun...
MAKSUDNYA.. mereka perlu bayar kepada Arrahnu hampir 10%
ini belum lagi polisi arrahnu yang berubah.. cth semasa pajak pinjam 70% semasa renew hanya boleh pinjam 60% maka modal lebih besar perlu dibayar kepada arrahnu.
oleh itu, pemain-pemain skim 30/70 tahun ini agak tertekan dan ada yang merana.
Sebagai perunding dan peniaga emas pula tahun 2012 Alhamdulillah.. adalah tahun yang masih menguntungkan.. kerana emas masih lagi dapat di beli dengan harga murah.. dan dijual dengan harga berpatutan dan murah kepada pelanggan disamping dapat menyimpan sebagai pelaburan sendiri :)
RAMALAN, Analisis dan JANGKAAN Pelaburan EMAS 2013 [klik sini]
hubungi admin untuk info emas atau membeli emas.. atau nak berniga emas :)
LIKE PAGE INI : http://www.facebook.com/EmasMasterPage hubungi Perunding Perniagaan dan Pelaburan Emas Anda add FB http://www.facebook.com/EmasMaster
atau view Web : http://emasmaster.com/
Twitter : www.twitter.com/emasmaster
Ust. Zaki 017-575 0810 [sms.call.WhatsApp.Viber]
Jom register GCP free http://www.gcp.com.my/?id=ad1689
No comments:
Post a Comment