Wednesday, 11 May 2011

mitos 'spread nilai' dan salah faham susut nilai

Stigma besar yg menghantui pelabur atau pembeli emas adalah isu spread nilai yg sering dicanangkan dan di momokkan pihak tertentu.
Ada kaitan yg jelas sebenarnya antara harga emas dan spread nilai. Syarikat yg menjual emas dgn harga tinggi pastinya akn dpt membeli kembali emss dgn hrga tinggi.
Manakala syarikat yg menjual emas dgn harga rendah tentu akan membeli semula emas dgn harga rendah.
Ini adalah kesimpulan ringkas asas perbezaan spread tinggi dan rendah.
Maklumat lanjut sila layari www.emasmaster.com
Published with Blogger-droid v1.6.9

Wednesday, 27 April 2011

Simpan Emas : KOS PERGI HAJI Jimat dan Bonus DUIT POKET Free



haji jimat, Emas Haji, Teknik jimat Haji

Wau bunyi macam best.. boleh ke  dapat macam tu..
Sebenarnya menyimpan aset dalm bentuk emas banyak kelbihannnya.. antaranya kalis Inflasi dan menambah nilai aset kita.

Jom lihat kira-kira emas 20 gram dalam proses simpanan EMAS HAJI untuk mendapatkan duit poket percuma.

*Ide asal adalah dari laman www.syams-gold.blogspot.com


BAGAIMANA CARANYA........
Anda ingin pergi haji ..??? Tetapi...masalahnya....
  • Kos semakin meningkat..???
  • Belum tiba giliran anda dengan Tabung Haji.... Duit dah penuh di tabung haji
  • Duit makin tak cukup....  atau cukup-cukup tambang ajer
Jika semua itu membelenggu anda...Jangan risau dan gundah gelana...
Pelaburan Emas adalah jalan penyelesaiannya..

Bagaimana..???
Kos mengerjakan haji bagi tahun 2010 = RM 9,500.00

Anda beli 3 ketul Public Gold  atau GCP (20grm)
dengan harga :
3 x RM 3,337.00  seketul 20 gram = RM 10011 Public Gold atau
RM 3270 20 gram GCP = RM 9810 * selepas diskaun

(Klik untuk lihat produk GCP dan PG)

Sekiranya anda membeli emas GCP
Jumlah yang bayar ketika anda beli ialah RM 9810.00

SETERUSNYA Anda simpan 3 ketul emas GCP tersebut selama 2 @ 3 tahun...
Apa anda dapat.??
Dengan kenaikan emas sebanyak 30% -40% setahun
(mengikut sejarah kenaikan tahunan pada tahun 2006-2010)

Jika satu tahun anda simpan :  9810 + 30 % = RM 12753
so anda telah untung RM 2943 (12753 - 9810 )
Wah.. ini adalah Duit Free anda dapat hasil kenaikkan emas 30 %.
--------------------------------------------------------------------
jika 2 tahun simpan anda dapat = 9810 + 30 % + 30 % = RM 15696 - 9810
WOW anda untung RM 5886 <-- ini adalah Duit Free
( RM 15696 tolak duit pokok anda iaitu RM9810.00 )

--------------------------------------------------------------------

kalau anda simpan 3 tahun.... lagi lumayan betul tak...
simpan anda dapat = 9810 + 30 % + 30 % + 30% = RM 18639
WAWOW anda untung RM 8829 <-- ini adalah Duit Free hasil anda simpan emas

( RM 18639 tolak duit pokok anda iaitu RM9810.00 )

Jadi anda dahpun dapat menambah tabungan serta duit belanja anda sebanyak RM 8829 dalam masa 3 tahun..
dengan RM 8826 ni bukan sekadar belanja Free tetapi boleh bawa Isteri sekali pergi haji heheh :) *kena tambah sikit ajer

--------------------------------- Perbezaan Tabungan Biasa

betul tak ? jika anda simpan dalam Tabung Haji.
Tahun 2010 diveden TH ialah 5.5% setahun.
Simpanan RM 9810 selama tiga tahun : 9810 + 5.5 % = RM 539.55 setahun
RM539.55 X 3 tahun ialah RM 1618.65
Jika dengan EMAS anda untung RM 8826
Berapa beza 8826- 1618.65 = RM 7207.35 <- amat besar bezanya


ketuk minda...buat pertimbangan.....mana lebih untung..???


# Ini ialah pandangan penulis semata- mata, berdasarkan sejarah kenaikan harga emas tahun-tahun sebelumnya .Ia boleh berubah dari masa kesemasa mengikut harga emas dunia.

Friday, 22 April 2011

EMAS : Logam pelaburan paling selamat lepasi paras AS$1,500 seauns

Harga emas kekal tinggi 2011/04/21

 EMAS : Logam pelaburan paling selamat lepasi paras AS$1,500 seauns

Logam pelaburan paling selamat lepasi paras AS$1,500 seauns 
 
HARGA emas buat pertama kali dalam sejarah melepasi paras AS$1,500 (RM4,524) seauns semalam, apabila kelemahan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) ditambah pula dengan kebimbangan terhadap kadar inflasi yang tinggi serta krisis hutang yang membelenggu negara Eropah menyebabkan pelabur beralih membeli logam yang dianggap pelindung nilai paling selamat itu.

http://www.bharian.com.my
* ini berita 21 april… berapa harga Hari ini … lihat lah sendiri.. pasti meloncat icon smile EMAS : Logam pelaburan paling selamat lepasi paras AS$1,500 seauns

meniaga%20emas%20pg EMAS : Logam pelaburan paling selamat lepasi paras AS$1,500 seauns ingin%20gcp EMAS : Logam pelaburan paling selamat lepasi paras AS$1,500 seauns lock%20emas EMAS : Logam pelaburan paling selamat lepasi paras AS$1,500 seauns produk%20gcp%20dan%20pg EMAS : Logam pelaburan paling selamat lepasi paras AS$1,500 seauns

Jom Beli Emas : Indeks inflasi negara naik tiga peratus – Berita Harian

Berita hari ini menceritakan kadar inflasi negara terus meningkat, Emas Master yakin inflasi ini akan terus meningkat… bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia, itulah yang dijangka dan diramal oleh pakar-pakar ekonomi dunia.


Sebab itu jika kita pantau harga emas semenjak dua menjak ini melambung dan terus melambung. Tahu tak kenapa?

Tak lain dan tak bukan.. ini adalah kerana pelabur dan pemilik syarikat besar sedang berusaha melindungi aset mereka dari inflasi.

Antara barang yang paling berkesan melawan inflasi @ kalis inflasi adalah EMAS.

Sbg contoh mudah :

Tauke-tauke pengangkutan dunia sedang risau dengan kenaikkan minyak. Jika hari ini 1000 kenderaan mereka perlukan kos 100 ribu dolar sebulan.
Dengan kenaikkan mendadak harga minyak.
Pastinya tahun hadapan mereka perlukan duit yang lebih bagi menampung kos minyak mereka mungkin 1500-200 ribu dolar sebulan dan tentunya mereka mempunyai modal dan duit sekarang.
# Takkan nak beli minyak banyak-banyak simpan.. Memang boleh tetapi risiko susut (pengewapan) dan keselamatan amat tinggi.
Jalan terbaik menjimatkan kos atau mengawal inflasi syarikat adalah dengan membeli EMAS!
Tahun-tahun mendatang apabila mereka perlukan wang untuk minyak kenderaan tersebut.. mereka akan jual emas itu deengan senang hati kerana Harga EMAS pastinya meningkat dan pastinya dapat menampung kos MINYAK mereka yang telah meningkat.
EmasMaster sangat yakin, jika mereka tak untung sekalipun.. mereka tidak akan rugi ketika itu.
* Ini adalah contoh dan andaian mudah aja..  mungkin mereka ada cara lain yang lebih baik. tapi bagi pemain ekonomi kecil macam kita Menyimpan emas amatlah berbaloi-baloiiiii!

Berita penuh dari web berita harian adalah seperti berikut :

Indeks inflasi negara naik tiga peratus
 Jom Beli Emas : Indeks inflasi negara naik tiga peratus   Berita Harian
Emas lawan Inflasi

2011/04/21

INDEKS Harga Pengguna (IHP), iaitu penanda aras bagi inflasi Malaysia naik tiga peratus kepada 102.4 mata pada Mac tahun ini daripada 99.4 mata mata pada bulan yang sama tahun lalu.
Jabatan Perangkaan dalam kenyataannya semalam berkata, berbanding Februari pula, indeks itu meningkat 0.1 peratus, disokong oleh indeks yang lebih tinggi dalam kumpulan utama, restoran dan hotel; pendidikan; pelbagai barangan dan perkhidmatan; perumahan; air; elektrik; gas dan bahan api lain; serta pengangkutan.
Katanya, bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini, IHP meningkat 2.8 peratus kepada 102.2 peratus berbanding 99.4 peratus dalam tempoh yang sama 2010 disebabkan kenaikan yang dicatatkan dalam indeks semua kumpulan utama kecuali pakaian dan kasut serta komunikasi. – BERNAMA

Advertisement Advertisement Advertisement Advertisement

Wednesday, 20 April 2011

Harga Emas Melambung Lagi : Kelebihan Emas Berbanding Wang @ ASB


Assalamualaikum..  Salam sejahtera..  Salam Emas dari EmasMaster. Alhamdulillah bulan april ni melonjak-lonjak harga emas, memang ‘syok gila’ bagi yang sempat membeli di awal bulan atau pada bulan Feb @ mac lalu.. kelmarin dan hari ini pasti tersenyum melihat kenaikan mendadak harga di pasaran dunia .


au0030lnb Harga Emas Melambung Lagi : Kelebihan Emas Berbanding Wang @ ASB
Tetapi sebagai tazkirah untuk kita bersama..  “Keuntungan Dunia bukanlah matlamat utama hidup kita.. tetapi keuntungan di dunia yang dapat kita bawa ke akhirat adalah matlamat utama hidup kita” icon smile Harga Emas Melambung Lagi : Kelebihan Emas Berbanding Wang @ ASB
Di kesempatan kali ini Emas Master ingin berkongsi cerita dan kira-kira kelebihan menyimpan emas berbanding wang tunai @ saham.
Melabur di saham-saham halal pun banyak kelebihan tetapi di sini EmasMaster ingin berkongsi kelebihan emas bedasarkan kira-kira mudah (jika ada kesilapan jangan malu2 untuk betulkan icon smile Harga Emas Melambung Lagi : Kelebihan Emas Berbanding Wang @ ASB
KELEBIHAN MENYIMPAN EMAS BERBANDING WANG @ ASB
Kira-kira ini berdasarkan pengalaman EmasMaster sendiri.
1- Keluarkan wang RM 3171 membeli 20gram emas PG.
Tak sampai sebulan nak pakai duit, tetapi duit telah digunakan membeli emas. Jika jual segera pasti rugi kerana harga we buy PG -5% (rugi -+ 158 tu..) so pergi cari al-Rahnu
2- Pajakkan Emas 20g di al-Rahnu Agro Bank (Ar-AG) *gambar ada di bawah
Emas dinilai Ar-AG RM3316
Dapat Cash RM 2300 *pinjaman
Upah Simpan Rm 149.22 /6 bln (sebulan rm 24.87)
3- Dapat duit RM2300 terus pi beli Penapis Ayaq heheh so clea la duit tu booo liaw
4- kalau nak bayaq bulan-bulan rm 383.33 x6 bulan
*kalu bayaq setiap bulan cukup 6 bln p bayaq upah aja dan ambil balik emas tu icon smile Harga Emas Melambung Lagi : Kelebihan Emas Berbanding Wang @ ASB
—————————————————————————— Adakah rugi buat begini ?
Pada pendapat saya tidak rugi kerana :
1- Emas itu masih ada nanti boleh jual
2- Memang nak menggunakan duit masa tu.
Mari kita kira proses membuat untung.
1- Setelah cukup 6 bln pergi bayar 149.22 dan re new surat pajak 6 bln lagi untuk jadikan setahun.
*Jika ada duit dan nak bayar balik 2300 lg bagus.. tp kalu tiada jgn jual emas lagi tunggu…
2- Apabila cukup setahun. Semasa harga best jual. Biasanya setahun EMAS akan naik 35-45% sila rujuk graf kitco atau post yg lepas klik la disini emas setahun untung lebih 35%
Mari Kita kira andaian kenaikan selepas setahun :
harga masa Beli rm3171 + 30% kenaikan = 4122.3
RM4122.3
- 2300 *pinjaman dari ar-rahnu
- 149.22 *upah simpan yg pertama
-149.22 *upah simpan yang kedua
Baki cash di tangan : RM 1523.86
mari kita tengok cash dari emas td : baki cash 1523.86 + 2300 cash pinjam = rm3823.86
Berapa untung ? cash 3823.86 – 3171 modal = RM 652.86 untung bersih dari modal 3171 yg kita guna 2300 tadi.
———- JIKA KITA beli dan simpan sahaja *tiada isu mahu guna duit. JGN LETAK di ar-Rahnu. lagi untung.
modal rm 3171 + 30% kenaikkan selepas setahun = rm 4122.3
4122.3 – 3171 *modal = RM 951.3 Untung bersih

——————- Compare dengan wang di bank atau ASB
ASB :
3171 * SIMPAN SETAHUN
+ BONUS 8%
= 3171 + 8% = rm 3424.68
3424.68 – 3171 *modal pokok = RM253.68 UNTUNG.
* emas jika tidak di letak di al-Rahnu Untung RM 951.3
beza untung (RM 697.62) <- untung lebih banyak ini jika simpan emas
——————————————- KES GUNA DUIT  vs Ar-Rahnu
ASB :
ada rm3171 dan di keluarkan rm2300 untuk kegunaan apa-apa saja.
Baki rm 871
Cukup setahun dapat bonus 8%
so : 871 + 8% = RM 940.68
Berapa untung : 940.68 – 871 *pokok = RM 69.68 sahaja untung setahun

EMAS :

ada rm 3171 beli emas 20g.
pajak di al-Rahnu dapat guna cash 2300
Setelah setahun. jual emas di al-Rahnu dan ditolak semua kos seperti di atas
Kita masih untung RM 652.86
Jika wang atau asb hanya untung 69.68
Berapa beza ? 652.86- 69.68 = RM 583.18 satu perbezaan yang amat ketara !!!
Fikir fikir kan….

p/s : Kiraan di atas adalah berdasarkan andaian kenaikkan 30-35% emas. Jika emas naik lebih tinggi maka lebih tinggi untungnya dan sebaliknya jika emas jatuh harga maka berkuranglah untungnya..

*ASB adalah saham yg dijamin kerajaan biasanya stabil dan tidak mustahil akan rendah bonusnya..

Halal haram saham tu.. kena tanya panel syariah la.. icon smile Harga Emas Melambung Lagi : Kelebihan Emas Berbanding Wang @ ASB


gadaian 20g PG 119x300 Harga Emas Melambung Lagi : Kelebihan Emas Berbanding Wang @ ASB
Bukti gadaian 20g PG

Advertisement Advertisement Advertisement Advertisement
 

Wednesday, 13 April 2011

Dinar & Dirham Matawang Syariah

Dinar dan dirham memang sudah lama di perkatakan, Emas Master yakin semua pernah mendengarnya. Emas Memang terkenal sebagai aset berharga tetapi tak ramai yang mehami konsep penyimpan nilai oleh emas dan masih juga yang takut menyimpan aset dalam bentuk emas.

 Kesimpulan mudah yang dapat saya sampaikan... menyimpan dalam bentuk emas memang menguntungkan.. sama ada dalam bentuk dinar, bar, jongkong atau apa sahaja.. yang penting Emas disimpan itu mestilah emas tulen 916 (22k) atau 999 (24 k).

Berikut adalah sebahagian artikel berguna untuk semua tentang sejarah dan kebaikan dinar emas. Walaupun artikel ini merujuk kepada dinar kelantan, namun harus difahami bahawa mana-mana dinar juga mempunyai peranan yang sama kerana semuanya emas.

" SEKALUNG TAHNAIAH KEPADA KERAJAAN KELANTAN KERANA KESUNGGUHAN MEMARTABATKAN KEMBALI MATAWANG ISLAM "

Tajuk asal Dinar & Dirham Kelantan Matawang Syariah oleh Hajjah Nik Mahani Binti Mohamad –Pengarah Eksekutif Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd.


 
Umat Islam di abad ini tahu dan sememangnya sedar bahawa kita telah kehilanggan pemerintahan
Islam sejak jatuhnya Kerajaan Uthmaniyyah pada tahun 1924. Umat Islam menunggu akan hari
datangnya suatu keadaan di mana umat Islam akan kembali bersatu dan membawa balik ‘daulah’
Islamiyah.

Ramai yang berpendapat bahawa selagi kita belum dapat mewujudkan sebuah pemerintahan Islam maka persatuan ummah tidak dapat zahirkan. Terdapat banyak analisis tentang keadaan umat yang telah ditulis, pelbagai cadangan telah dikemukakan dan pelbagai usaha telah dilakukan untuk menyatupadukan umat Islam tetapi umat Islam di abad ini masih belum dapat disatukan lagi.

Kini, telah ada keyakinan bahawa seperkara yang boleh menyatupadukan umat Islam dan untuk
menegakkan semula sebuah kerajaan Islam yang berdaulat ialah dengan mengembalikan semula satu matawang Syariah yang boleh digunakan oleh orang Islam di mana sahaja mereka berada.
Kenyataan dan fahaman ini adalah berdasarkan satu ayat Al Quran Nul Karim :

یَا أَیُّھَا الَّذِینَ آمَنُواْ أَطِیعُواْ اللّھَ وَأَطِیعُواْ الرَّسُولَ وَأُوْلِي الأَمْرِ مِنكُمْ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي
شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللّھِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللّھِ وَالْیَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَیْرٌ وَأَحْسَنُ
4:59 )تَأْوِیلاً )

4:59 (Malay) Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan
pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan
hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.
Menurut Al-Qurtubi, seorang ahli tafsir al-Quran yang ulung dalam kitab tafsirnya yang termasyhur, Tafsir Al-Qurtubi (m. 1273); ayat al-Quran tersebut merupakan perintah supaya “mentaati Sultan dalam tujuh perkara iaitu: penempaan duit dinar dan dirham, penetapan berat dan ukuran, penghakiman, pengisyitiharan bagi ibadat haji, solat Jumaat, sambutan Aidilfitri dan Aidiladha, dan jihad.”

Justeru, itu pengeluaran matawang ‘dinar dan dirham’ merupakan kewajipan pertama Sultan untuk diperintahkan dan dipatuhi. Berdasarkan ayat inilah, matawang Syariah dikembalikan semula.

Perbahasan bahawa umat Islam harus menunggu kebangkitan sebuah ‘ Kerajaan Islam’ dahulu baru mahu menegakkan yang ‘haq’ adalah suatu pendapat yang kurang tepat pada pendapat penulis. Apakah kita harus tunggu sesiapa untuk kita menegakkan yang ‘haq’? atau yang ‘wajib’?
Sebagai contoh apakah jika sebuah negara itu kuffar maka kita tak perlu sembahyang kerana takut dimarahi? Atau
apakah kita harus menunggu persetujuan daripada kerajaan kuffar untuk kita menunaikan sembahyang maghrib?
Tentunya perkara yang wajib tetap kita lakukan walaupun ia tidak dibenarkan kerana kita
umat Islam wajib menunaikan sembahyang; kerana ibadah sembahyang itu adalah ‘haq’! Hukuman ‘tidak sembahyang’ tetap kena kepada kita walaupun `Kerajaan Kuffar’ mithalnya, tidak memberikan tempat yang khusus untuk kita menunaikan sembahyang.
Perbahasan apakah kita harus menunggu sahaja tanpa membuat sesuatu usaha atau apakah kita wajib melangkah terus cuba menegakkan apa yang haq adalah suatu perbahasan yang tiada penghujungnya.
Yang jelas; apakah kita di abad ini bertindak dengan hanya kaku menunggu ‘bulan jatuh ke riba’ atau pun mula bangkit melakukan sesuatu agar apa yang kita impikan boleh tercapai?. Maka inilah keputusan yang diambil oleh pemimpin sebuah negeri kecil yang ramai memberikan takrif sebagai negeri ‘serambi Mekah’ –
 iaitu bertindak mengembalikan semula matawang Syariah – emas dinar dan perak dirham Kelantan yang akan dilancarkan pada 12hb Ogos 2010 nanti Insya Allah. Pemimpin Kerajaan Negeri Kelantan dengan beraninya mengorak langkah membawa balik matawang Syariah ini di tengah-tengah masyarakat mereka kerana rasa tanggungjawab dan kesedaran bahawa ia adalah suatu perkara yang terlalu penting dan menjadi perkara pokok dalam deenul Islam di abad ini.
Apakah penghujjahan mengenai matawang Syariah ini? :
Umat Islam pada umumnya tahu bahawa perkataan ‘dinar’ dan ‘dirham’ wujud dalam Kitabullah Al Quran Nul Karim. Salah satunya ialah Surah Ali Imran ayat 75 yang bermaksud:
Surah Ali Imran ayat 75 :

وَمِنْ أَھْلِ الْكِتَابِ مَنْ إِن تَأْمَنْھُ بِقِنطَارٍ یُؤَدِّهِ إِلَیْكَ وَمِنْھُم مَّنْ إِن تَأْمَنْھُ بِدِینَارٍ لاَّ
یُؤَدِّهِ
إِلَیْكَ إِلاَّ مَا دُمْتَ عَلَیْھِ قَآئِمًا ذَلِكَ بِأَنَّھُمْ قَالُواْ لَیْسَ
( عَلَیْنَا فِي الأُمِّیِّینَ سَبِیلٌ وَیَقُولُونَ عَلَى اللّھِ الْكَذِبَ وَھُمْ یَعْلَمُونَ( 3:75

3:75 (Malay) "Di antara Ahli Kitab ada orang yang jika kamumempercayakan kepadanya harta yang banyak, dikembalikannya kepadamu; dan di antaramereka ada orang yang jika kamu mempercayakan kepadanya satu Dinar, tidak dikembalikannya padamu, kecuali jika kamu selalu menagihnya. Yang demikian itu lantaran mereka mengatakan: ""Tidak ada dosa bagi kami
terhadap orang-orang umi. Mereka berkata dusta terhadap Allah, padahal merekamengetahui."

Tokoh berwibawa dan terkenal dalam hukum al-Quran, Qadi Abu Bakar ibn al-Arabi, dalam kitabnya yang terkemuka “Ahkamul Quran” berkata:
“Pengajaran yang dapat diambil daripada ayat ini ialah larangan mengamanahkan barangan kepada Ahli Kitab.”dan beliau berkata lagi “Perkara berhubung dengan tindakan mengamanahkan harta benda telah tergubal dalam al-Quran.
 Ini bermakna,
ayat tersebut merupakan hukum yang telah ditetapkan dan penting sekali kepada agama. “
Ini bermakna umat Islam berada dalam keadaan yang amat berbahaya kerana kita telah memberikan suatu ‘amanah besar’ kepada kaum ahlul kitab iaitu, menyerahkan ‘harta benda’ umat Islam untuk mereka tadbirkan! Berdasarkan ayat ini sahaja pun jelas kita umat Islam di abad ini telah melanggar hukum yang telah ditetapkan. Apakah hukumnya?
 Ya, kita telah memberikan ‘amanah’ kepada Ahli Kitab dengan cara kita membiarkan urusan harta benda kita ke tangan mereka di abad ini atau sejak kejatuhan Kerajaan berkhalifah Uthmaniyyah bermula pada tahun 1924!
Bukankah ‘matawang’ adalah ‘harta benda’ dan ‘memberikan amanah’ bererti menyerahkan ke tangan mereka suatu kepercayaan?

Hari ini dan di abad ini kedua-dua perkara yang ditafsirkan dalam ayat ini telah kita cabuli! Allah s.w.t secara khususnya telah melarang umat Islam menyerahkan kepercayaan atas perkara hal ehwal harta kepada ‘Ahlul Kitab’ tetapi bukankah kita sudahmelanggar hukumAllah s.w.t.? Siapa ‘ahlul kitab’ ini?
Ya mereka ialah bangsa ‘Yahudi’ dan `Nasrani’ serta kaum bukan Islam! Bukankah mereka dan suku sakat mereka yang mengepalai amalan riba di abad ini?. Amalan riba yang besar di abad ini ialah pada matawang kertas dan semua sistem perbankan tidak terkecuali perbankan Islam kerana pada asasnya ia sama sahaja.
 Penyerahan ‘amanah’ ini amat besar ertinya dan sangat tepat sekali larangan Allah
s.w.t. Kita telah memberikan persetujuan atau membuat ‘baiah’ dengan memasuki perjanjian
Brettonwoods pada tahun 1945 . Itulah ‘amanah’ yang umat Islam bersama-sama umat-umat lain telah berikan kepada ‘ahlul kitab’ ini! Dan sejarah membuktikan betapa mereka telah merosakkan ‘amanah’ tersebut!
Pada masa itu bila dunia (44 buah negara) bersetuju menerima Dollar Amerika sebagai ‘matawang resab’ kerana janji mereka bahawa setiap Dollar Amerika telah bersandarkan emas iaitu sebanyak USD35 bagi setiap auns emas, maka maksud perjanjian yang dimeterai itu ialah bersetuju menggantikan sandaran emas pada matawang kertas negara masing-masing dengan Dollar Amerika.

Mereka mengatakan ‘Dollar Amerika as good as gold’! (Dollar Amerika sebaik emas). Apabila semua negara dalam pakatan perjanjian tersebut akur; mereka mendapati Amerika Syarikat yang memegang amanah tersebut mula menodainya sehingga pada tahun 1971 mereka telah ‘pecah amanah’ dengan mengisytiharkan matawang Dollar Amerika tiada lagi bersandarkan emas!
Bukankah sangat tepat tafsiran ayat ini dalam kitabullah?
Kita telah menyerahkan bukan sahaja ‘amanah’ kepada mereka bila kita melangkah kepada penggunaan ‘matawang kertas’ tetapi juga istilah ’harta benda’ melibatkan semua aspek harta benda termasuklah sistem perbankan yang kononnya merupakan institusi penjanaan ‘harta benda’!
Hari ini semua Negara di dunia berada dalam suatu pembohongan yang amat nyata sekali kerana kita bersekongkol dalam suatu sistem Kapitalisme yang amat mengelirukan rakyat jelata.
Dakyah ‘kekayaan’ yang diasaskan atas amalan riba memberikan kesenangan yang sebegitu menakjubkan, maka benarlah sepertimana gambaran sebuah hadith Rasullullah s.a.w. bahawa dakyah yang mereka bawa ialah seumpama ‘sungai’ dan ‘api’.
Wang kertas serta sistem perbankan tidak terkecuali perbankan Islam menjana wang-wang
‘kredit’ yang terhasil daripada sistem perbankan yang mengamalkan apa yang dikenali sebagai
‘fractional reserve banking’ di mana setiap wang yang didepositkan ke dalam sistem perbankan boleh dikembangkan sehingga 20 kali ganda, menjadikan ekonomi semasa berasaskan sistem Kapitalisme dapat memberikan pinjaman hutang yang sebegitu besar yang dengannya menjana ekonomi memberikan kemakmuran kesenangan hidup sepertimana sebuah ‘sungai’ yang mengalir, menyuburkan semua tumbuh-tumbuhan di sekitarnya. Tetapi hadith Rasullullah s.a.w. telah memberitahu kita umatnya, bahawa janganlah sangkakan ‘sungai’ tersebut sebagai benar kerana kenyataan sebenar ‘sungai’ tersebut ialah ‘api’! Sebabnya?
Ya, sebabnya ialah kesenangan dan kemakmuran yang dibawa adalah atas asas amalan riba yang akan dituntut oleh ‘api’ kerana ia menzalimi umat manusia seluruh alam.



Kezaliman yang diasaskan atas amalan riba ini menyebabkan harta tiada lagi beredar sebagaimana sepatutnya tetapi hanya tertumpu kepada orang-orang kaya semata!
 Betapa tidaknya; system Kapitalisme dalam sistem perbankan hanya memihak kepada orang berada di mana mereka yang berharta dan menyimpan wang di bank-bank akan menimba ‘bunga’ atau diistilahkan juga sebagai ‘faedah’ atau ‘interest’ atas simpanan mereka tanpa bekerja walhal satu pihak lagi yang mengambil pinjaman bukan sahaja akan dikenakan cagaran malah pihak bank menghasilkan `wang atas angin’ dengan mengenakan bunga atau ‘interest’ atas pinjaman yang mereka berikan itu.
 Apabila berlaku sesuatu keadaan di mana orang yang berhutang tadi tidak berjaya dalam urusan perniagaan mereka dan menyebabkan mereka tidak berupaya membayar semula pinjaman; maka semua cagaran yang mereka sandarkan tadi akan dileburkan menjadikan keadaan mereka jauh lebih teruk daripada sebelum membuat pinjaman! Berapa ramai umat Islam tergulung dalam dakyah sebegini!

Penggunaan wang kertas pula menyebabkan rakyat tertipu dengan dakyah ‘inflasi’. Apa yang sebenarnya berlaku ialah setiap kali Kerajaan Pusat mengeluarkan wang Ringgit Malaysia yang baru; ‘kuasa pembelian’ pada setiap keping kertas Ringgit Malaysia akan berkurangan seolah-olah ada satu tangan yang mencurinya daripada poket rakyat!
Keadaan ini berterusan berlaku sehinggalah hasilnya –
rakyat miskin akan bertambah miskin dan rakyat yang kaya menjadi bertambah kaya tanpa mereka membuat apa-apa kerja!
Kepincangan masyarakat yang sebegini mengakibatkan kerosakan dalam masyarakat pada segi sosial dan akhlak sehinggakan masyarakat umat Islam hari ini sebegitu rendah
moralnya dan anak-anak muda serta semua lapisan masyarakat Islam hari ini tercemar!
Semua jenis penyakit dalam masyarakat ada pada umat Islam hari ini!
Pada sudut yang lain pula, rukun iman kita telah tercemar apabila kita menggunakan wang kertas untuk menggantikan wang dinar dan dirham! Bukankah salah satu ‘rukun iman’ ialah percaya bahawa kitabullah Al Quran nul karim tiada cacat cela walaupun satu huruf perkataan? Inikan pula kita telah menggantikan perkataan ‘dinar dan dirham’ dengan Ringgit Malaysia! Rupiah! Dollar Amerika!

Mari pula kita lihat apa
kata lain-lain ulama’ terdahulu mengenai perkara dinar dan dirham :

Ibn Khaldun, dalam kitabnya -Al-Muqaddimah telahmenulis :
“Al-Quran ada menyebutnya (dinar & dirham) dan menetapkan banyak hukum berkaitan dengannya, sebagai contoh zakat, nikah, dan hudud, dan sebagainya.
Oleh itu, dalam al-Quran, ia perlu ada hakikat dan ukuran khusus untuk dibuat taksiran (dalam zakat, dan sebagainya) di mana hal ini perlu bersandar pada hukumnya, bukan pada yang bukan syarii (duit yang lain).”
Dan “Ketahuilah bahawa sejak bemulanya Islam dan zaman sahabah serta pengikut, wujud ijmak yang mengatakan sepuluh dirham syariah setara dengan tujuh miskal (berat dinar) emas… Berat satu miskal emas ialah tujuh puluh dua biji barli, maka dirham yang merupakan tujuh per sepuluh daripadanya ialah lima puluh dua per lima biji. Ijmak telah menetapkan dengan jelas
semua ukuran ini
.”

Jelas apa yang diterangkan oleh Ibnu Khaldun ialah dinar dan dirham ialah matawang Syarii. Ibnu Khaldun dengan jelas menyatakan bahawa kedua-dua matawang ini adalah matawang Syarii kerana kedua-dua matawang ini disebut dalam hukum-hukum berkaitan zakat;nikah dan hudud. dan telah ada ijma’ ulama’ sejak bermulanya Islam; zaman sahabat serta pengikutnya bahawa satu dinar itu ialah 1 mithqal yang hari ini bila dikira dengan timbangan gram ialah 4.25gram.
Timbangan berat dinar dan dirham itu dikenali sebagai Piawaian Saiyyidina Umar Al-Khattab r.a. Timbangan inilah juga yang digunakan untuk emas dinar dan perak dirham Kelantan.

Kembalinya dinar dan dirham Kelantan dalam edaran bermula pada 12hb Ogos 2010 nanti adalah suatu usaha yang sangat besar implikasinya kepada umat Islam bukan sahaja kepada rakyat negeri Kelantan tetapi juga kepada umat Islam di abad ini. Dengan mennggunakan dinar dan dirham, kita boleh menegakkan kembali hukum-hukum yang berkaitan dengannya sepertimana yang dikatakan oleh Ibnu Khaldun; iaitu zakat; nikah dan hudud.
 Impak yang paling bererti bagi umat Islam di abad ini ialah pembayaran zakat dengan matawang dinar dan dirham nanti.
Bermula pada tarikh ini ; rakyat negeri Kelantan khususnya akan dapat melangkah keluar daripada amalan riba dengan keberupayaan berjual beli dengan menggunakan matawang Syariah dinar dan dirham Kelantan.
Pada masa ini lebih daripada 600 buah kedai di Kota Bharu sudah sedia menerima pembayaran dengan menggunakan matawang Syariah dinar dirham Kelantan.
Selain itu, 25% gaji akan mula dibayar dengannya; bil-bil air Kelantan
akan mula dapat dibayar dengan dinar dirham Kelantan; zakat pada tahun 1431 H akan mula dibayar dengan dinar dan dirham Kelantan, Insya Allah!

*Tahniah atas kesungguhan kerajaan Negeri Kelantan berusaha, walaupun tak Berjaya sepenuhnya tetapi telah mula berusaha.. Syabas!

*bila pula ya.. negeri-negeri lain nak ikut.. dok tunggu Us. Azizan pulak ni..

*Kita Rakyat biasa.. berusahalah menyimpan asset atau duit atau wang atau apa-apa kekayaan kita dalam bentuk emas dan perak. InsyaAllah kita akan terlepas dari jerat INFLASI dan jerat RIBA

 Advertisement Advertisement Advertisement Advertisement

Kelebihan Dealer GCP dan Public Gold

banner copy 300x156 Perbezaan kelebihan Menjadi dealer GCP dan Public Gold
Kelebihan Dealer GCP dan Public Gold


Umum mengetahui dengan jelas bahawa Emas Public Gold amat cantik dan berkualiti.. tak kurang juga emas GCP. Ini adalah kerana GCP telah mengeluarkan beberapa produk baru dan alternatif bagi produk-produk lama (PAMP SUISSE dll)

Kalau kita lihat dari segi kelebihan dan keuntungan, GCP dan PUBLIC GOLD masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.

berikut beberapa kelebihan dan perbezaan yang sempat EMAS MASTER kongsikan.

Bil

Public Gold

GCP

1

Beza Harga jual Beli yang rendah

Boleh Beli Emas dgn harga Rendah


Cth : PG jual 3246 Beli 3051 = 195

Harga Customer : Web 3280



Biasanya Dealer Jual 3200

*murah sikit dari PG




2

Dinar Emas 916 (RM 671)

Dinar Emas 999

(704 Dealer Jual 694)


Murah dan Cantik, Kukuh

Emas 999 sesuai untuk pelaburan


modal sikit pun dah boleh beli

- gadaian mahal




3

Bar sederhana dan Besar

Bar Kecil dan sederhana


20g, 50g, 100g, 250g

10g, 20g,50g, 100g




4

Rangkaian Cukup Besar

Rangkaian Sedang membesar


*mudah cadi dealer – wakil

*Tak susah nak cari dealer



*Bagus kalau nak jd Dealer




5

Ambil Stok di cawangan

Tunggu Stok di Pos


Cepat *sedikit kos hantar dan minyak

Tak lama sangat *FREE Ajer




6

Produk tambahan

Produk tambahan


* Jongkong Silver

PAMP SUISSE


250g, 500g dan 1kg

5g, 10g, 20g, 30g, 50g, 100g, 1kg

*STOK TERHAD





*Public Jewellery

Rantai Emas 999


Aneka Barang kEmas 916

R. Tangan 10g-20g-30g-50g-100g



R. Tangan Gajah 30g, 50g,100g



R. Leher 50g dan 100g


Beza Jual beli (Susut ) -20%

Beza Jual beli (Susut ) -15%


cth: sell 916 RM157.26   buy- RM125.81

R.Tg    n 999 RM: 164.41/g RM: 139.75/g


beza = Susut 31.34 se Gram

beza = Susut 24.66 se Gram




7

DAFTAR DEALER

DAFTAR DEALER


Membuat Belian 1 Resit RM 20.000

Bayaran pendaftaran RM 600


*Belian 20k boleh dianggap pelaburan

*Kos Penghantaran seumur hidup syarikat icon smile Perbezaan kelebihan Menjadi dealer GCP dan Public Gold


Untung

Untung


Dapat rebet 1% (delaer)

Diskaun 8-9% dari Harga customer

(bar & Rantai)


1.5% (Priority Dealer )

Diskaun RM25-30 1 Dinar


2% Master Dealer



CTH dealer jual : 20g PG

CTH dealer jual : 20g GCP


Jual kepada pembeli 20g = RM3246

Harga WEB 3280

*lps diskaun kpd p’beli

dealer jual= 3200


3246×1% = Untung RM 32.46

Jual 3200 – harga Dealer 3020

= Untung 180








BONUS

BONUS

a

Daftar ahli baru akan dapat

Daftar ahli baru dapat RM100


kumpul jualan utk naik pangkat


b

dapat 0.5% hasil belian org tajaan

dapat RM 1 setiap Gram

dari belian org tajaan



*Susut nilai untuk delaer adalah sama atau lebih kurang.
*Pembeli biasa dapat beli emas dengan murah di GCP walaupun beza jual beli macam tinggi

Advertisement Advertisement Advertisement Advertisement