Monday, 11 April 2011

Apakah yang dimaksudkan dengan Pelaburan Emas Fizikal - Cara dan kelebihan

Apakah pelaburan Emas Fizikal ?

Sebenarnya pelaburan emas fizikal yang kami maksudkan adalah menyimpan dana/aset/wang dalam bentuk emas. Anda beli emas..anda simpan emas.

pendek kata ada duit beli emas. seperti membeli 1 dinar atau 10gram emas atau membeli EMAS TULEN (999-24k atau 916-22k) dalam apa-apa bentuk sekalipun.

Dimana nak simpan?
Dimana anda rasa sesuai.. seperti anda menyimpan barang kemas anda.


Kenapa  labur/simpan Emas ?

kerana banyak sebab antaranya :


1-Emas nilainya kekal stabil berbanding wang tunai.
*rujuk hadis kisah membeli seekor kambing dengan dinar di zaman rasul SAW.. dan sekarang dengan nilai 1 dinar masih boleh membeli seekor kambing. Setelah hampir 1500 thn nilai dinar tetap sama.


2- Menyimpan Emas bermakna anda berjimat untuk masa hadapan
rujuk contoh haji dengan dinar ( http://www.emasmaster.com/index.php/2011/03/21/jimatnya-pergi-umrah-dengan-dinar-emas/ )

3- Jika anda menyimpan emas BERMAKNA anda sedang menggandakan wang anda, kerana EMAS akan naik secara purata 30-40%

ini bermakna jika anda beli emas hari ini setelah setahun nilai emas anda sudah menjadi 1300 @ 1400 *jika jual ketika itu pasti sudah untung, jika simpan lagi untung anda pasti bertambah lagi.


4- Dengan menyimpan emas anda sebenarnya menyimpan wang untuk kecemasan *bila nak pakai tunai dan tak mahu jual emas tersebut anda boleh letak saja di al-Rahnu dan dapatkan tunai segera dengan kos yg amat minimum.

Cth : anda ada emas 10g dan nilai semasa emas anda 1300.
 anda nak pakai duit segera RM1000, pajakkan sahaja emas anda.. dan anda akan dapat cash 1000 dengan kos sebulan -+ RM13. Bila anda ada wang tebus semula emas anda jika tiada jual emas tersebut selepas setahun.. InsyaAllah setelah ditolak kos upah al-Rahnu dan wang pinjaman anda.. anda masih lagi mempunyai cash di tangan dan masih untung.

5-Tunai yang dijadikan EMAS masih lagi menjana keuntungan anda walaupun anda menggunakan wang dari ketulan emas tersebut *pajak di al-Rahnu, pakai cash.. selepas setahun jual emas di al-Rahnu.. cash yang anda guna sebelumnya (pokoknya) masih dalam bentuk emas dan apabila dijual anda akan untung. sila rujuk post kelebihan emas berbanding ASB.

Kenapa Emas Fizikal ?
1- Kerana anda boleh memanipulasi emas *jual ketika harga tinggi
2- Boleh mempraktik teknik al-Rahnu (rempit ar-rahnu)
3- Boleh pegang emas hehehe (aura emas pasti menyerlah :)
--------------------------------------------------------

Cara membeli emas dari emasmaster.com.

Kami menawarkan produk-produk EMAS TULEN dari syarikat GCP dan PUBLIC GOLD. ( http://www.emasmaster.com/index.php/2011/04/09/produk-gcp-dan-public-gold/ )

Cara membeli :-

Lihat harga di web emasmaster.com

dan SMS ke 0175750810 atau email ke admin@emasmaster.com

LOCK #nama #alamatRingkas #Jenis produk #HargaDiWeb.

tunggu respon dan saya akan maklumkan cara pembayaran.
*diskaun menarik untuk produk GCP (1-3%)

*Pembayaran akan dibincang dan diberi pilihan :-
1-terus ke akaun syarikat GCP/PG -atau
2-ke akaun dealer/agen - atau
3-by hand ketika ambil barang.


Barangan akan diserahkan by hand oleh agen kami atau diPOS secara selamat InsyaAllah.

*Jangan malu @ segan jika ada kemushkilan.
sila email admin@emasmaster.com
sms 0175750810

Salam sejahtera..salam emas




Advertisement Advertisement Advertisement Advertisement

Saturday, 9 April 2011

harga perak mencatat paras tertinggi sejak 31 tahun.. Harga emas terus melonjak..

Bulan Mac adalah bulan naik turun emas dan perak dengan margin yang besar, jurang yang agak dalam. Tetapi bulan april adalah bulan lambungan dan lonjakan harga emas untuk maklumat lanjut sila klik disini

untuk menambahkan bukti dan memperkukuh keyakinan anda hari ini mari kita lihat kenyataan akhbar ini.

emas melonjak lagi
emas melonjak lagi










ringkasan keratan akhbar adalah seperti berikiut :
Pelabur dunia kini  Mencari jalan SELAMAT DENGAN MEMBELI EMAS(emas gerenti selamat nilainya.. INSYAALLAH)
kerana beberapa faktor antaranya
1-Dolar semakin lemah
2- Inflasi meningkat (emas kalis inflasi -rujuk hadis kisah dianar dan kambing)
3-kekacauan asia barat mungkin mempengaruhi minyak, harga minyak berkait rapat dengan emas hinggakan minyak dikatakan EMAS HITAM
oleh itu harga emas dikatan terus melonjak dan akan melonjak lagi..
percayakah anda?
PELABUR PERAK PASTI TERSENYUM DENGAN LEBIH LEBAR KERANA MINGGU LALU
HARGA PERAK MELONJAK KEPADA HARGA TERTINGGI DALAM SEJARAH SEJAK 31 TAHUN LALU.. MANTAP
FAKTA : ,ANGAARAN KEUNTUNGAN MELABUR PERAK ADALAH 110% SETAHUN
MENURUT KATA MR LOUIS TAHUN HADAPAN MUNGKIN MENCECAH 200% KEUNTUNGAN PELABUR PERAK.

Advertisement

Advertisement Advertisement Advertisement

u

Cara membuat belian / pesanan emas, dinar, bar, jongkong [ lock ] Public Gold / GCP


LOVE copy 300x108 Cara membuat belian  / pesanan emas, dinar, bar, jongkong  [ lock ] Public Gold / GCP


Agen rasmi GCP dan Public Gold

1-Sila semak harga we sell terkini di web ini. atau laman rasmi syarikat
b- Public Gold klik sini PublicGold. liveprice.

kemudian SMS nama penuh, no IC, alamat Email & Item yang mahu dibeli ke 017-5750810

2- Saya akan respon dan lock/akad item yang anda mahu berdasarkan harga semasa Public Gold / GCP (diskaun) dan saya akan email kan Purchase Order / Sales Order kepada anda.

3- Buat bayaran dan collect item anda.

Di cawangan, pos atau by hand dari saya mengikut kesesuaian anda.

*Sebarang Masalah sila sms  ke 017-5750810
atau YM @ emel ke..azkiya_aero@yahoo.com.my

Wednesday, 6 April 2011

Satu tahun lebih sudah untung melebihi 40 % : Untungnya menyimpan emas

Salam sejahtera buat semua..
Salam Emas buat penggemar emas..

seperti yang kita tahu emas memang amat berharga di dunia ataupun di akhirat (sebagai simbol kenikmatan dan kemewahan)..

Emas dunia boleh dibawa sampai akhirat jika di urus dengan baik.. JANGAN LUPA BAYAR ZAKAT (*nilai lebih 85grm dan sempurna milik lebih setahun..dll)
Untung dari emas jangan lupa bersedah.. icon smile Untungnya menyimpan emas : Satu tahun lebih sudah untung melebihi 40 %
kembali kepada tajuk di atas.. “Satu tahun lebih sudah untung melebihi 40 % : untungnya menyimpan emas”
memang sedia maklum menyimpan emas memang menguntungkan.. namun ada yang masih ragu-ragu.. tak mengapa.. wang anda anda yang tentukan..
di pendekkan cerita.. simpan emas memang menguntungkan.. tambah-tambah simpan jangka masa lama.. biasanya emas akan naik 30-45% setahun.. percaya tak ?
Jika anda beli emas hari ini dengan harga 1000 tahun depan insyaAllah emas tersebut sudah jadi 1300..  *ini contoh kasar ajer..
memange agak rugi kalau anda beli emas hari ini dan jual esoknya.. sebab akan di tolak 5% dari harga semasa..(kalau di kedai emas lagi rugi.. -18-25%)
TAPI JANGAN RISAU
Jika baru membeli emas, tiba-tiba perlu wang segera.. kalau emas tersebut belum cukup setahun.. seelok-eloknya JANGAN JUAL.. tapi letakkan sahaja di al-Rahnu.. dan dapatkan tunai segera dari al-Rahnu. Anda boleh dapat sehingga 70% nilai emas anda! *upah simpan amat minimum.. lebih kurang 1% sahaja.. ( cth : nilai emas 3300, bank bg cash 2300.. upah simpan rm 24 aje sebulan..)
jika emas tersebut sudah lebih setahun.. jual ajer kalau harga semasa bagus.. biasanya anda akan untung 30% dari harga anda beli dahulu.. MANTAP!
untuk memudahkan anda faham.. sila lihat gambar di bawah
untung+setahun+lebih Untungnya menyimpan emas : Satu tahun lebih sudah untung melebihi 40 %
*picture from : Blog tangan emas
pada 23/8/2009 100gram Emas = 11275.00
pada 12/5/2010 100gram Emas = 13761.00 = untung 2486
pada 28/12/2010 100gram Emas = 15863.00 = untung 4588


lihat jika anda simpan hanya 1 tahun 4 bulan anda sudah untung RM 4588.
” Jika anda simpan wang tunai.. pasti nilai wang (kuasa beli), wang anda telah menurun kerana Inflasi..”
fikir fikir kan…

Analisis : harga emas Mac dan april 2011

Salam ceria Emasmaster buat semua peminat dan pengkaji emas.. EmasMaster hari ini ingin berkongsi sedikit info pasal HARGA EMAS.. jika anda perasan dalam bulan lepas harga emas memang dalam keadaan yang tak stabil maksud EmasMaster harga emas dalam bulan dalam keadaan turun naik turun naik turun dalam angka yang agak besar.


sedarkah anda bahawa sebenar harga emas dalam bulan mac memang begirulah pe’elnya..  turun naik turun naik dalam skala yang gak besar. sila lihat graf ini untuk lebih jelas.
http://www.kitco.com/scripts/hist_charts/monthly_graphs.plx
aumar09 Analisis harga emas Mac dan april 2011aumar10 Analisis harga emas Mac dan april 2011aumar11 Analisis harga emas Mac dan april 2011
walaupun pada bulan mac harga emas gak tidak menentu tetapi anda boleh lihat harga emas kembali meninngi pada akhir Mac kecuali pada tahun 2009, ini mungkin kerana faktor kemelesetan ekonomi.
itu cerita harga emas pada bulan March.. JOM KITA LIHAT TREND harga emas pada bulan APRIL..
secara kasar atau purata.. selepas Emas mengalami harga tidak menentu pada bulan mac.. emas akan kembali stabil pada bulan april, bahkan anda boleh lihat dalam graf di bawah harga emas terus memanjat dengan PANTAS dan DRASTIK pada bulan APRIL.. emasmaster menyimpulkan  bahawa bulan april biasanya harga emas akan meningkat secara stabil dan kadang-kadang drastik. sila lihat contoh peningkatan drastik di graf berikut
auapr06 Analisis harga emas Mac dan april 2011
auapr07 Analisis harga emas Mac dan april 2011
auapr10 Analisis harga emas Mac dan april 2011
ini graf tahun-tahun lepas untuk harga emas dalam bulan APRIL.. di bawah ini adalah harga emas dalam bulan april 2011.. APAKAH JANGKAAN ANDA?
auapr11 Analisis harga emas Mac dan april 2011
Jangkaan emasmaster harga emas akan menokok secara serius pada bulan april ini.. oleh itu bagi sesiapa yang ingin LOCK HARGA sila berfikar secara rasional dan buatlah keputusan BIJAK!
wang anda aset anda, anda yang tentukan… 
maklumat graf bulan-bulan lain sila lihat di sini http://www.kitco.com/scripts/hist_charts/monthly_graphs.plx
*walaupun biasanya harga emas meningkat pada bulan appril tidak mustahil harga emas juga boleh jatuh pada bulan april.. ini hanya pandangan emasmaster yang tak seberapa..

Good Luck.. Good Lock!

*cara lock

Friday, 1 April 2011

al-Rahnu PKB alternatif kepada ar-Rahnu Agro Bank kisah Alor Setar Kedah

ar rahn al Rahnu PKB alternatif kepada ar Rahnu Agro Bank kisah Alor Setar Kedah
laman Rasmi al-Rahnu Kelantan ( Ar-Rahn Permodalan Kelantan Berhad)
Sistem al-Rahnu memang amat berguna bagi pengumpul EMAS atau peniaga emas begitu juga ia amat-amat berguna bagi semua pemilik Emas. Kenapa ?
Tak lain dan tak bukan al-Rahnu ini penting untuk mendapatkan tunai SEGERA, tak kiralah untuk kecemasan atau keperluan perniagaan seperti modal segera.
CUMA perlu diingat jika teknik al-Rahnu cuba digunakan untuk mengganda EMAS dengan andaian terganda keuntungan kepakaran dan kebijakan menganalisis harga amat penting.. jika tidak anda hanya akan RUGI.. sila lihat sini
Alhamdulillah  di kesempatan kali ini saya ingin berkongsi kisah al-Rahnu Agro bank dan al-Rahnu Kelantan (Permodalan kelantan berhad)
Sebelum ini saya memang pelanggan setia al-Rahnu AGRO bank, tak lain dan tak bukan hanyalah kerana urusan yang mudah dan PINJAMAN TUNAI sehingga 70% memang berbaloi jika anda terdesak ingin menggunakan wang, nah inilah untungnya menyimpan EMAS..
seperti yang diketahui umum AGRO bank memang terbaik urusan sangat mudah (kalau emas Public Gold tengok ajer pegawai bank terus buat borang tak perlu timbang2 periksa2 dah.. sebab dah ada assayer, TAPI emas GCP pun tak di periksa teruk-teruk dah sebab dah ramai atau dah selalu orang pi gadai heheh ) tak sampai setengah jam kita dah dapat tunai.
Contoh gadaian terbaru saya :
EMAS PUBLIC GOLD
20 Gram
harga Beli : RM 3172
Nilaian Bank (marhum) : 3316
Pinjaman dapat : 2300
Upah Simpan : RM 149.22 bahagi 6 bulan (sebulan rm 24.87 ajer)
Jika nak bayar ansuran : RM 383.33 sebulan.. *tak mau bayar ansuran bayar aje masa nak ambil emas nanti. Jika tak ada duit masa nak ambil emas panggil aja mana-mana agen Public Gold (kalau Alor Setar sms saya 0175750810) untuk membeli emas anda. Insya Allah anda akan ada lagi baki ditangan selepas bayar hutang bank dan upah simpan tu.
Seelok-eloknya emas tersebut telah dibeli/disimpan melebihi 1 tahun, ini adalah kerana kebiasaan Nilai Emas anda sudah naik 30%.
Untuk lebih mudah lihat kiraan di bawah :
20 Gram PG harga Beli : RM 3172 selepas setahun naik 30%
RM 4123
-  RM 2300 (duit pinjam td)
- RM  298.44 (Upah Simpan setahun 149.22 x2)
Baki tunai di tangan anda RM 1524.56
*jika dikira tunai yang anda dapat dari 20g emas tadi (1524.56 + 2300  *tunai yang telah anda ambil dari bank)
JUMLAH 3824.56. <- lihat jumlah wang yang anda dapt dari 20g Emas selepas setahun. *ini jika anda simpan setahun di al-rahnu.. jika anda simpan sendiri tanpa gadaian lagi untung tambah kan aja 30% dari harga beli.
RM 3172 + 30% = 4123.6
Untung berapa ?? 4123.6 – 3172 = RM951.6 banyak niiii berbanding simpan sahaja didalam bank.
Okay.. sekarang kita tutup sat bab al-Rahnu agro bank dan kembali kepada FOKUS kita.
Ketika saya berjalan-jalan di Aloq Setaq dekat ETIQA besaq belakang pusat dakwah, saya ternampak al-Rahnu. Sekilas ternampak tu terus la berkobar-kobar.. heheh sebab semangat EMAS.
Tengok ada tulis jual Dinar pulak, saya pun pi la masuk.. terus ke kaunter.
Dengan mesra mereka menyambut.. dan saya pun bertanya al-Rahnu ni macam mana kadar pinjaman dan upah simpan.
kesimpulannya macam ni :
Kadar Pinjaman 70% (tertingi kut sbb agro pun dah turun kepada 65%)
kadar UPAH ikut nilai pinjaman.
RM 500 kebawah UPAH 1.5 sebulan.
RM 500 – 1000 UPAH 1.7 sebulan.
1000 ke atas UPAH 1.9 sebulan.
nampak macam mahal tetapi ada keuntungan di sini.. Jika simpan kurang dari 15 hari akan dikira separuh aja.. tak macam bank lebih sehari dah dikira sebulan. Amat sesuai bagi pinjaman jangka pendek lebih-lebih lagi kadar pinjaman di Ar-Rahn @ Koperasi Permodalan Kelantan Berhad 70% dari nilai barang.
Saya pun mengeluarkan emas GCP 10 gram untuk di nilai Petugas kaunter Hasilnya :
Emas GCP 10 gram -> disahkan sebagai emas 999.9 @ 24 karat
Kadar Pinjaman RM 1000.00 (seribu) *23 mac 2011.

Kadar upah RM 15 sebulan.. jika pinjam tak sampai 15 hari bayar rm7 aja..
Bagi saya amat berbaloi untuk pinjaman kecemasan dan jangka pendek.


08032011972 300x225 al Rahnu PKB alternatif kepada ar Rahnu Agro Bank kisah Alor Setar Kedah
10 gram Emas GCP : Goldcrest Pavilion Sdn Bhd
Berikut senarai rangkaian al-Rahnu PKB / kelantan.  * Nak tengok kisah 10g GCP di agro bank klik sini
KEDAH :
Ar-Rahn Alor Setar
No 1561, Jalan Kota,
05000 Alor Setar
Kedah.
Tel: 04-735 2831
Fax: 04-735 2832

Ar-Rahn Sungai Petani
Tingkat Bawah, No 21,
Jalan Ibrahim,
08000 Sungai Petani,
Kedah.
Tel: 04-420 0300
Fax: 04-420 0301

Nak Dinar Emas ataupun jongkong emas, Bar Emas GCP @ Public Gold bolehlah berhubung dengan saya SMS 017-5750810.

Emel : admin@emasmaster.com
CAWANGAN-CAWANGAN LAIN.
emas4trans al Rahnu PKB alternatif kepada ar Rahnu Agro Bank kisah Alor Setar Kedah
Selenggaraan oleh PKBiT 2008.

RANGKAIAN @ CAWANGAN AR-RAHN
22 CAWANGAN :-
Ar-Rahn Kota Bharu
PT 95, Seksyen 7, Jalan Temenggong, 15000 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Tel: 09-741 4400
Fax : 09-741 4409


Ar-Rahn Kota Bharu 2
Lot 1007, Tingkat Bawah, Bangunan Hotel Raudah,
Jalan Maju, 15000 Kota Bharu, Kelantan. Malaysia.
Tel : 09-7414322
Fax : 09-7414320
Ar-Rahn Tanah Merah
Lot PT 110, Jalan Chempaka, 17500 Tanah Merah, Kelantan, Malaysia
Tel: 09-950 2990
Fax : 09-950 2998
Ar-Rahn Pasir Mas
No. 55-D, Jalan Pasar Lama, 17000 Pasir Mas, Kelantan, Malaysia
Tel : 09-790 0500
Fax : 09-790 1500
Ar-Rahn Jelawat
Lot PT 128, Bangunan MDB, 16300 Bachok, Kelantan, Malaysia
Tel: 09-778 7060
Fax : 09-778 7061

Ar-Rahn Machang
Lot PT 371, Jalan Bakat, 18500 Machang, Kelantan, Malaysia
Tel: 09-975 0050
Fax : 09-975 0052
Ar-Rahn Kajang
No. 10, Jalan Raja Harun,
43000 Kajang, Selangor.
Tel: 03-873 61517
Fax : 03-873 67552
Ar-Rahn Kangar
Tingkat Bawah, No 13,
Jalan Jubli Perak,
01000 Kangar,
Perlis.
Tel: 04-976 3526
Fax: 04-976 3525
Ar-Rahn Raub
No 57, Jalan Tun Razak,
27600 Raub,
Pahang.
Tel: 09-350 1310
Fax: 09-350 1311
Ar-Rahn Temerloh
No 33, Jalan Bahaman 3,
28000 Temerloh,
Pahang.
Tel: 09-290 1977
Fax: 09-290 1978
Ar-Rahn Kuantan
No 2, Jalan Mahkota,
25000 Kuantan,
Pahang.
Tel: 09-513 4345
Fax: 09-514 4345
Ar-Rahn Rantau Panjang
No. 181, Tingkat Bawah, Jalan Besar, Lubok Stol,
17200 Rantau Panjang,
Kelantan, Malaysia.
Tel: 09-795 3949
Fax : 09-795 0599

Ar-Rahn Wakat Baru
No. 2, Wisma MDT 2, Wakaf Bharu, 16250 Tumpat, Kelantan, Malaysia
Tel: 09-718 5555
Fax : 09-718 5550
Ar-Rahn Guchil
PT 4916, Wisma Abdul Rahman, Tingkat Bawah, Guchil,
Bandar Kuala Krai,
Kelantan, Malaysia
Tel: 09-960 2242
Fax : 09-960 2240
Ar-Rahn Wakaf Che Yeh
Lot PT 448, Jalan Kuala Krai, Batu 3, Wakaf Che Yeh,
15150 Kota Bharu,
Kelantan, Malaysia
Tel: 09-741 4411
Fax : 09-741 4410
Ar-Rahn Gua Musang
PT 7963, Tingkat Bawah, Kedai MDGM, Stesen Bas Lama,
18000 Gua Musang,
Kelantan. Malaysia.
Tel : 09-912 0440
Fax : 09-912 0444
Ar-Rahn Raja Laut
No. 44G, Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur.
Tel : 03-269 33433
Fax : 03-269 33431
Ar-Rahn Rawang
No. 49, Jalan Maxwell,
48000 Rawang, Selangor.
Tel : 03-609 28441
Fax : 03-609 28429
Ar-Rahn Alor Setar
No 1561, Jalan Kota,
05000 Alor Setar
Kedah.
Tel: 04-735 2831
Fax: 04-735 2832
Ar-Rahn Bentong
Tingkat Bawah, No 42,
Jalan Loke Yew,
28700 Bentong,
Pahang.
Tel: 09-220 1414
Fax: 09-220 1411
Ar-Rahn Sungai Petani
Tingkat Bawah, No 21,
Jalan Ibrahim,
08000 Sungai Petani,
Kedah.
Tel: 04-420 0300
Fax: 04-420 0301
Ar-Rahn Bayan Baru
Lot Pt 112,
Jalan Mayang Pasir,
11952 Bayan Baru,
Pulau Pinang.
Tel: 04-640 2421
Fax: 04-640 2422

Pengalaman memajak gadai / Ujian ketulinan 10gm GCP Goldbar di Agro Bank

Salam dan selamat sejahtera
08032011972 300x225 Pengalaman memajak gadai /  Ujian 10gm GCP Goldbar di Agro Bank
Pjak / Uji Emas GCp 10 Gram
Di bawah ini adalah detail pajakan EMAS GCP 10 gram yang dilakukan di AGRO BANK. Nak lihat butiran pajakan yang dilakukan di al-Rahnu PKB (Permodalan Kelantan Berhad)  Klik SINI

Tarikh : 02 Mac 2011
Alat Penguji : Densimeter GK-300
Lokasi : Agrobank,Kuala Lumpur
Kaedah Pengujian : 1. Berat Emas yang di uji.
2. Ketulenan emas yang di uji.
Nilai marhum 999 : RM 165.80
Keterangan : Pihak GCP telah mengeluarkan produk baru iaitu goldbar fine gold pada bulan lepas. Pengeluaran produk tersebut mempunyai sijil beserta no. siri goldbar tersebut tetapi tidak mempunyai tandatangan assayer. Di sijil tersebut bertanda 999 sahaja dan tidak memerlukan tandatangan dari assayer, akan tetapi jikalau kandungan emas tersebut ialah 999.9 memerlukan tndatangan assayer untuk membuktikan ketulenan emas tersebut. Assayer merupakan seorng pihak yang menguji emas tersebut secara kimia untuk membuktikan ketulenan dan memberi pengesahan pada sijil. Ujian yang akan dilakukan nnti merupakan prosedur standard dari pihak bank sebelum menerima goldbar tersebut untuk membuat pinjaman ar-rahnu. Dengan menggunakan alat pengujian emas yang terbaik dapat membuktikan ketulenan dan berat emas tersebut dengan tepatnya.Keraguan individu untuk membeli emas akan hilang hasil pengujian yang teliti dari pihak Agrobank apabila anda dapat melihat kualiti emas tersebut dengan resit yang akan dikeluarkan nnti.
Keputusan :
1. Ujian timbang : Dengan menggunakan alat pengujian tersebut, berat goldbar tersebut tepat 10gm.
2. Ujian ketulenan : Setelah direndam selama beberapa minit di dalam densimeter tersebut, hasil ketulenan adalah tepat 24K. Jadi GCP goldbar memang tepat sebagaimana tertera di sijil dan layak mendapat nilai marhum sebanyak RM 165.80/gm.
Kesimpulan : Hasil daripada ujian tersebut, goldbar GCP merupakan emas yg tulen 24K dan tidak perlu meragui ketulenan emas tersebut walaupun tidak mempunyai tandatangan assayer. Ujian yang telah dibuat ini layak membuktikan produk terbaru pihak GCP dapat menyaingi produk-produk keluaran syarikat lain serta dapat menambahkan lagi emas-emas yang berkualiti tinggi di pasaran tempatan.
Salinan surat pajak gadai ar-rahnu agrobank hasil daripada ujian ketulenan dan juga sebagai bahan rujukan pihak tuan/puan untuk melihat keputusan tersebut. Hasil daripada ujian tersebut, pihak admin telah membuat pinjaman 60% daripada nilai marhum. Sekian sahaja dari kami,Terima kasih. (post from : dulangemas10.blogspot.com )
*Sila Klik Gambar untuk LIHAT BESAR
 Pengalaman memajak gadai /  Ujian 10gm GCP Goldbar di Agro Bank