Saturday, 14 January 2012

Terbaru !! Jangkaan Harga Emas bermula Januari Tahun 2012

Assalamualaikum..
Salam Sejahtera buat semua..
Salam emasmaster untuk peminat emas semua..
Alhamdulillah setelah beberapa hari web emasmaster.com suspended.. kini  web ini kembali seperti biasa dan diharap akan lebih pantas pageoutnya kerana sudah pindah tapak rumahnya ke Malaysia (^_*)
Hari ini kita membincangkan sedikit berkenaan harga emas tahun 2012 adakah ia akan mencatat sejarah kenaikkan tertinggi yang baru atau akan terus bermain zigzaq sampai akhir tahun hehehe
sebelum kita masuk kepada harga tahun 2012 elok kiranya kita bercerita sepintas lalu harga tahun 2011.
Secara keseluruhannya harga emas pada tahun 2011 bagi saya agak lemah berbanding tahun 2010 tetapi rekod tertinggi harga emas setakat ini dipegang oleh tahun 2011 iaitu sekitar akhir bulan Ogos dan awal september. Jadi sesiapa yang suka bermain trade emas dan sempat menjual pada ketika itu.. rasanya untung pasti berlipat ganda.
sebagai contoh dari harga sebenar : jika anda membeli 20g gold bar pada april 2011 RM 3171 dan jual pada september 2011 RM 4015 anda sudah untung hampir sekitar RM844. Mengikut info dari seorang rakan ada 'taukey besar kain' yg buat untung rm400 ribu pada musim tinggi tersebut dengan modal belian 600 ribu ketika awal tahun. WallahuAklam.
Namun jika anda tidak menjual pada bulan September.. harga emas telah jatuh dan agak merendah pada bula oktober-disember.. tetapi jika jual pada masa terendah musim harga jatuh sekalipun.. anda masih untung tetapi marginnya sudah menjadi kecil.. dan bertambah kecil jika emas tersebut berada di arrahnu (*_*)
** secara keseluruhannya pelaburan emas 2011 masih menguntungkan tetapi kenaikkn purata 2011 lebih kecil berbanding kenaikkan 2010.
==================================
Sekarang kita berbalik kepada ramalan tahun 2012.. Secara purata dari analisis fundmental harga emas dijangka akan terus melonjak ke paras tertinggi dalam tahun 2012 berikutan beberapa faktor :
1- Inflasi yang dijang terus menggila.
2-Krisis hutang eropah yang sudah hampir musnah apungannnya
3-Permintaan sektor industri masih terus meningkat dll
berikut beberapa keratan akhbar berkaitan kenaikkan harga emas :


Emas Pelaburan pilihan 2012
Link Web :
http://www.malaysian-economy.com/2011/07/gold-is-still-best-investment.html

Selain itu Technical Analysis - Gold  juga menunjukkan kenaikkan yang boleh diharap..

"Harga emas masih berada di dalam uptrend yang kuat meskipun stochastic dan CCI 1 jam terlihat telah overbought. Kalau pun akan terjadi koreksi, kemungkinan akan terbatas hingga support di 1645.67 sebelum rebound dan melanjutkan naik untuk menguji kembali resistance di 1653.20.Fokus kita saat ini adalah resistance di 1653.20.- -1657.60 jika tembus kemungkinan 1663.05 tersentuh. Hati-hati jika support di 1645.67 tembus itu akan berpotensi memperdalam koreksi hingga ke 1638.15.,
selamat trading kawan-kawan" Indra Fridmant
Thursday 12.jan 2012
Support terendah sementara berada pada di 1632,dibawah itu lanjutan koreksi kebawah bisa terjadi,resistend diharapkan 1649...bisa menjadi penopang turunan lanjutan. sentuhan 1650 bisa membuka jalan ke 1656-1662 diharapkan.
Friday 11.jan 2012 (indra fridmant)

KESIMPULANNYA :
Untuk tahun 2012 harga emas dijangka akan terus melonjak melebihi tahun 2011.. bila masanya sesuai untuk membeli emas?
jawapannnya sekarang.. kerana sekaranga harga emas masih rendah berbanding 3-7 bulan akan datang...
jika anda mahu tunggu sekalipun.. dinasihatkan agar tidak terlalu lama.. paling lewat adalah seminggu selepas Tahun baru Cina.. itu jika harga pada tahun baru cina merendah..
Selepas perayaan ini hampir kesemua pemain emas meramalkan harga akan mula melonjak seperti tahun-tahun sebelumnya..
untuk rekod tahun 2011 emas mula melonjak mulai lepas Tahun Baru Cina tanpa henti hingga awal september..
hanya berlaku penurunan sebentar selepas Gempa Jepun.
Oleh itu, jika anda ingin melabur emas jangan berlengah lagi... :)
walau apa sekalipun kenaikkan ini hanya ramalan berdasarkan analisis.. mungkin jika berlaku fenomena bercangggah makan hasil ramalan juga akan bercanggah..
WallahuAklam..
*Untuk rekod emas tidak pernah susut nilainya sehingga '0' atau tiada nilai seperti seperti yg berlaku kepada sesetengah sahan :P